Thursday, May 7, 2009

Ciri-ciri Sesebuah Blog

Ciri utama sebuah blog ialah setiap kali anda mengemaskini atau memasukkan artikel baru, artikel itu akan berada di atas ruangan halaman web blog anda. Manakala artikel yang sebelumnya akan berada di bawah. Dengan ini pembaca akan melihat artikel baru yang anda tulis / publish sebaik sahaja mereka memasuki blog anda.

Selain itu, setiap artikel baru yang anda tulis, tajuknya akan diletakkan di sebelah kiri atau kanan halaman weblog anda (bergantung kepada format / template blog yang anda gunakan). Ruangan tersebut di kenali sebagai “sidebar”. Keseluruhan tajuk artikel yang telah anda tulis juga akan berada di bahagian tersebut. Ini memudahkan pelawat untuk mencari maklumat dengan tajuk yang berkaitan.

Ruangan “sidebar” ini juga merupakan tempat yang sangat digemari dan sesuai untuk meletakkan banner atau iklan produk dan perkhidmatan yang anda jual. Ini kerana ruangan tersebut senang dilihat oleh pelawat blog anda.

Blog juga membolehkan pelawat memberikan komen atau pandangan mereka terhadap sesuatu artikel yang anda hasilkan. Inilah satu ciri yang membezakan blog dengan laman web biasa kerana sesiapa sahaja yang membaca blog anda boleh memberikan komen dan pandangan mereka.

Memandangkan blog lebih mudah dan sentiasa dikemaskini, maka enjin carian (search engine) lebih mudah meng-index laman web jenis blog ini. Enjin carian lebih cepat membuat crawling terhadap artikel baru yang dimasukkan di dalam blog. Ini kerana enjin carian lebih menyukai maklumat yang terkini dan tepat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Mulakan penulisan maklumat anda

Setelah sekian lama aku terbantut untuk poskan bahan di sini, hari ini tergerak hati untuk sambung semula. Ok jom kita mulakan.... Untuk me...