Sunday, October 23, 2011

Mulakan penulisan maklumat anda

Setelah sekian lama aku terbantut untuk poskan bahan di sini, hari ini tergerak hati untuk sambung semula. Ok jom kita mulakan....

Untuk memulakan penulisan maklumat itu, klik pada butang “start posting” seperti yang terdapat di dalam “gambarajah 6” di tajuk langkah demi langkah (part 3) yang sebelum ini.

Seterusnya tetingkap “Posting” seperti yang anda dapat lihat dalam “gambarajah 7” akan terpapar. Dalam ruangan “create”, satu ruangan untuk menulis maklumat disediakan.

Gambarajah 7

Dalam tetingkap tersebut, terdapat 3 menu utama yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu dalam membentuk blog anda yang perlu anda ketahui. Antara 3 menu utama tersebut ialah :

Posting : Create , Edit Posts , Moderate Comments

Settings : Basic, Publishing, Formatting, Comments, Archiving, Side Feed, Email, Permissions

Template : Page Elements , Fonts and Colors , Edit HTML , Pick New Template

Namun demikian 3 menu utama itu akan dibincang dalam bahagian yang seterusnya. Langkah seterusnya ialah menulis maklumat yang perlu untuk blog anda di ruangan “create”.

Perhatikan di sudut ruangan “create” terdapat 2 menu iaitu “Edit HTML” dan “Compose” seperti dalam “gambarajah 8”. Edit HTML adalah ruangan untuk anda edit maklumat menggunakan bahasa HTML. Compose pula adalah ruangan untuk menulis maklumat blog.

Gambarajah 8 : Ruangan menulis maklumat – compose

Sebelum anda mula menulis, pastikan anda memilih menu “compose” dan jangan lupa meletakkan tajuk di ruangan “title” seperti yang anda dapat lihat dalam “gambarajah 8” di atas.

Sebenarnya ruangan “compose” ini kelihatan lebih kurang sama dengan Microsoft word yang biasa anda gunakan. Cuma ruangan “compose” ini mempunyai menu toolbar yang sedikit dan lebih senang digunakan.

Setelah selesai menulis maklumat yang anda kehendaki, tekan “publish” yang terdapat di bawah ruangan tersebut. Publish boleh disamakan sebagai save / simpan / terbitkan.

Saturday, October 23, 2010

Langkah demi langkah (Part 3)

Langkah yang ke tiga ialah “Choose a template” iaitu memilih rekabentuk bagi blog yang anda hasilkan. Lihat “gambarajah 5” di bawah.

Gambarajah 5

Terdapat banyak rekabentuk atau template yang disediakan oleh pihak blogger.com. Ini bergantung kepada anda untuk memilih salah satu template yang dirasakan sesuai untuk blog anda. Setelah memilih salah satu template yang sesuai, tekan butang “finish” yang terdapat di bawah ruangan web tersebut. Ini bermaksud akaun dan blog anda telah berjaya dihasilkan. Lihat “gambarajah 6” – Your blog has been created!

Gambarajah 6

Selepas akaun dan web blog anda telah berjaya di hasilkan, tibalah masa untuk anda meletakkan maklumat, data, atau kandungan ke dalam ruangan web blog anda.

Monday, September 14, 2009

Langkah demi langkah (Part 2)

Di langkah yang kedua, anda memasuki ruangan “Name your blog” iaitu memberikan nama kepada blog anda. Lihat “gambarajah 4” di bawah.

Di sini anda dikehendaki mengisi maklumat seperti :
Blog title : merupakan tajuk kepada web blog anda. Tajuk ini akan kelihatan di atas laman blog anda.

Dalam contoh ini saya menggunakan tajuk “Jom Belajar Buat Blog”. Anda boleh meletakkan tajuk yang sesuai berkaitan dengan tujuan blog anda dihasilkan. Sebenarnya tajuk ini boleh diubah kemudiannya pada bila-bila masa yang anda suka.

Blog address (URL) : ini merupakan perkara yang paling penting kerana ia adalah alamat URL blog anda. Dengan kata lain ia merupakan “domain name” blog anda. Oleh itu, anda perlulah mencari nama domain yang sesuai, ringkas, mudah diingati serta berkaitan dengan blog yang anda hasilkan.

Setelah mendapatkan nama domain yang anda kehendaki, anda perlulah “Check Availability” iaitu memeriksa sama ada nama tersebut telah digunakan atau belum. Jika telah digunakan oleh orang lain, anda perlulah mencari nama domain yang lain sehinggalah benar-benar tiada yang menggunakan nama domain tersebut.

Di dalam contoh ini, saya menggunakan nama domain “jombelajarbuatblog”. Ini bermaksud anda tidak lagi boleh menggunakan nama domain tersebut. Oleh itu, alamat URL blog tersebut menjadi http://jombelajarbuatblog.blogspot.com yang boleh anda lihat di Internet browser anda. Setelah selesai mengisi maklumat yang berkaitan, tekan butang “continue” untuk pergi ke langkah yang ketiga.

Sunday, August 2, 2009

Langkah demi langkah (Part1)

3. Anda akan memasuki “Create a Google Account” seperti yang ditunjukkan dalam “gambarajah 3” di bawah:
Di dalam bahagian ini anda dikehendaki untuk membina satu Akaun Google dengan mengisi maklumat yang diperlukan seperti :

Email address : alamat email yang selalu anda gunakan dan ianya masih aktif. Seelok-eloknya anda menggunakan perkhidmatan email dari google mail atau “gmail”.

Password : masukkan kata laluan yang anda suka sekurang-kurangnya 6 huruf. Kata laluan inilah yang anda gunakan bila anda ingin “sign in” nanti di blogger.com.

Display name : merupakan nama yang anda gunakan untuk blog yang sedang anda bangunkan ini.

Di dalam “Word Verification”, isikan huruf seperti yang terdapat di dalam gambar di atasnya. Kemudian tik pada “I accept the terms of service”.

Setelah selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan, seterusnya klik pada butang anak panah “continue” untuk memasuki langkah yang ke dua.

Friday, July 31, 2009

Bina blog semudah 1,2,3 dengan blogger.com

1. Masuk ke laman web web blogger.com di www.blogger.com/start

Di sini anda dapat lihat dan diterangkan tentang :

> ciri-ciri baru blogger.com,
> kotak carian blog-blog yang telah dibina,
> langkah-langkah mudah membina blog dan pelbagai perkara lagi seperti di gambarajah 1 di bawah:

Gambarajah 1



2. Langkah seterusnya, perhatikan bahagian "Create a blog in 3 easy step" atau "Rekalah Blog Sekarang" seperti gambarajah 2 di bawah :

Gambarajah 2

Anda ditunjukkan 3 langkah/cara mudah untuk menghasilkan blog, langkah-langkah ini akan diterangkan berikutnya nanti.

Untuk memulakannya sila klik pada arrow "
Create Your Blog Now" atau "Rekalah Blog Sekarang"

dalam versi Bahasa Malaysia (anda dapat memilihnya pada bahagian atas kanan pada page permulaan tadi)

Monday, June 1, 2009

Jenis, Fungsi Dan Kepentingan Blog (Part 2)

2. Blog untuk perniagaan produk anda
Jenis blog yang kedua ialah blog yang dihasilkan untuk tujuan perniagaan. Blog ini digunakan sebagai tempat untuk mempromosikan dan memasarkan produk atau perkhidmatan yang anda jual. Kandungan dan maklumat yang ditulis di dalam blog adalah berkaitan dengan isi kandungan sesuatu produk atau perkhidmatan, matlamat dan kelebihan produk tersebut serta penerangan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang diniagakan.

Ada juga yang menulis blog ini sebagai laman web sampingan atau sokongan untuk tujuan promosi produk dan perkhidmatan mereka selain laman web perniagaan utama mereka. Cara ini sebagai satu strategi pemasaran yang boleh dianggap berkesan.

Keseluruhan penulisan dan penerangan di dalam blog ini berkisar dengan produk dan perkhidmatan yang anda jual. Pelawat blog anda pula boleh memberikan komen serta pandangan mereka berkaitan dengan produk atau perkhidmatan anda. Komen dan pandangan ini boleh anda jadikan sebagai testimoni bagi produk anda.
Untuk mendapatkan trafik yang tinggi dan memastikan pelawat sentiasa melawati blog anda, anda perlu memberikan maklumat dan kandungan terkini yang berterusan dengan pelbagai tajuk dan kandungan yang niche.

3. Blog artikel (kandungan niche)
Blog yang berbentuk artikel ialah blog yang ditulis berkaitan dengan sesuatu kandungan, maklumat dan panduan tertentu. Pelbagai tajuk dan artikel yang boleh ditulis dalam blog ini termasuklah artikel berkaitan dengan perniagaan internet, pemasaran, komputer, internet, teknologi telekomunikasi dan sebagainya.

Sebenarnya blog jenis ini juga boleh anda gunakan sebagai tempat untuk promosi produk anda atau produk affiliate yang anda sertai. Program “google adsense” juga boleh anda selitkan di dalam blog ini sebagai pendapatan sampingan lain. Ini bermaksud blog ini lebih kurang sama dengan blog untuk tujuan perniagaan.

4. Blog untuk iklan produk atau perkhidmatan
Jenis blog yang ke empat ini ada kaitan dengan jenis blog yang kedua dan ketiga. Ini kerana ia dihasilkan ada kaitan juga dengan perniagaan. Namun ia lebih kepada tujuan iklan sesuatu produk dan perkhidmatan yang anda jual.

Selain itu, anda mungkin memberikan peluang kepada orang lain untuk membeli ruang iklan di blog anda dengan bayaran tertentu. Namun, adalah tidak praktikal jika blog anda adalah semata-mata untuk iklan tanpa ada kandungan dan maklumat tertentu berkaitan dengan pelbagai perkara. Ini kerana pelawat lebih menyukai maklumat terkini,panduan berguna dan bahan rujukan.

Oleh itu, selain tujuan iklan, anda digalakkan memberikan kandungan dan maklumat terkini dan panduan berguna untuk membolehkan pelawat sentiasa mengunjungi blog anda.

Sunday, May 10, 2009

Jenis, Fungsi Dan Kepentigan Blog (Part 1)

Melalui blogger.com, selain ia memberikan perkhidmatan membina blog secara percuma, ia juga mudah untuk dikendalikan. Terdapat banyak yang boleh anda lakukan dengan blog di blogger.com.

Sifat inilah yang menjadikan blog mempunyai fungsi dan kepentingan tersendiri bergantung kepada tujuan seseorang menghasilkan blog tersebut. Berikut merupakan beberapa fungsi dan kepentingan blog dihasilkan.

Antaranya fungsi dan kepentingan blog:

1. Personal blog
Blog jenis ini merupakan blog yang digunakan sebagai tempat untuk meletakkan maklumat peribadi dan yang berkaitan dengannya. Biasanya ia dihasilkan sebagai satu diari untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan mereka yang ingin mengenali diri seseorang itu.

Memandangkan ia dianggap sebagai satu diari, maklumat dan tajuk yang diletakkan dan dibingcangkan di dalam blog tersebut berkisar dengan aktiviti harian, hobi, gambar bersama rakan-rakan dan yang berkaitan dengan maklumat peribadi.

Terdapat juga dikalangan blogger yang menyatakan tentang perasaan dan cinta mereka terhadap seseorang. Blog ini jadikan tempat meluahkan isi hati masing-masing sama ada rasa suka atau pun kecewa.

Selain itu, personal blog juga digunakan sebagai tempat untuk memberikan pendapat dan pandangan masing-masing berkaitan dengan sesuatu tajuk. Ada juga dikalangan mereka ini yang menulis rasa tidak puas hati mereka dan mengkritik terhadap sesuatu perkara. Biasanya pendapat dan pandangan yang diberikan dalam blog tersebut berkaitan dengan politik, ekonomi, dasar kerajaan, pendidikan, masalah social, hiburan dan sebagainya.

...bersambung di part2

Mulakan penulisan maklumat anda

Setelah sekian lama aku terbantut untuk poskan bahan di sini, hari ini tergerak hati untuk sambung semula. Ok jom kita mulakan.... Untuk me...