Laman Utama

Selamat Datang....

Selamat datang ke Jom Belajar Buat Blog.

Blog ini dibuat untuk berkongsi info cara buat blog dengan percuma dengan blogger. Idea ini tercetus ketika sedang kursus e-mel, webtv dan blog di salah sebuah PKG di daerah kami. Semoga tip-tip yang disediakan dapat dimanfaatkan dan dipergunakan dengan sebaiknya. Jom kita belajar...

Pengguna Internet semakin bertambah di seluruh dunia setiap bulan. Untuk Tahun 2008 sahaja, sejumlah 6,710,029,070 pengguna Internet di seluruh dunia yang telah direkodkan dalam “Internet Users & Population Statistics
for 35 countries and regions in Asia ” oleh internetworldstats.

Selain itu, menurut NITC jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah melebihi 8 juta pengguna pada Disember 2003 dan ia bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Bilangan ini dijangka meningkat sehingga 10 juta akhir tahun 2007.

Dengan perkembangan ini juga menjadikan ramai di kalangan penggemar dan pengguna Internet ingin menghasilkan laman web atau blog sendiri. Penghasilan laman web atau blog ini dihasilkan untuk tujuan tertentu seperti tujuan peribadi, maklumat dan pandangan, perniagaan dan sebagainya.

Di sini, saya akan menerangkan bagaimana menghasilkan blog menggunakan penyedia perkhidmatan blog percuma iaitu www.blogger.com. Ia merupakan penyedia blog yang paling digemari kerana mudah dan senang untuk dikendalikan.

Mulakan penulisan maklumat anda

Setelah sekian lama aku terbantut untuk poskan bahan di sini, hari ini tergerak hati untuk sambung semula. Ok jom kita mulakan.... Untuk me...