Monday, September 14, 2009

Langkah demi langkah (Part 2)

Di langkah yang kedua, anda memasuki ruangan “Name your blog” iaitu memberikan nama kepada blog anda. Lihat “gambarajah 4” di bawah.

Di sini anda dikehendaki mengisi maklumat seperti :
Blog title : merupakan tajuk kepada web blog anda. Tajuk ini akan kelihatan di atas laman blog anda.

Dalam contoh ini saya menggunakan tajuk “Jom Belajar Buat Blog”. Anda boleh meletakkan tajuk yang sesuai berkaitan dengan tujuan blog anda dihasilkan. Sebenarnya tajuk ini boleh diubah kemudiannya pada bila-bila masa yang anda suka.

Blog address (URL) : ini merupakan perkara yang paling penting kerana ia adalah alamat URL blog anda. Dengan kata lain ia merupakan “domain name” blog anda. Oleh itu, anda perlulah mencari nama domain yang sesuai, ringkas, mudah diingati serta berkaitan dengan blog yang anda hasilkan.

Setelah mendapatkan nama domain yang anda kehendaki, anda perlulah “Check Availability” iaitu memeriksa sama ada nama tersebut telah digunakan atau belum. Jika telah digunakan oleh orang lain, anda perlulah mencari nama domain yang lain sehinggalah benar-benar tiada yang menggunakan nama domain tersebut.

Di dalam contoh ini, saya menggunakan nama domain “jombelajarbuatblog”. Ini bermaksud anda tidak lagi boleh menggunakan nama domain tersebut. Oleh itu, alamat URL blog tersebut menjadi http://jombelajarbuatblog.blogspot.com yang boleh anda lihat di Internet browser anda. Setelah selesai mengisi maklumat yang berkaitan, tekan butang “continue” untuk pergi ke langkah yang ketiga.

Mulakan penulisan maklumat anda

Setelah sekian lama aku terbantut untuk poskan bahan di sini, hari ini tergerak hati untuk sambung semula. Ok jom kita mulakan.... Untuk me...