Thursday, May 7, 2009

Apa itu Blog

Blog atau dengan kata lain weblog adalah satu portal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi mengenai pelbagai perkara. Blog akan sentiasa dikemaskini pada setiap hari atau setiap minggu. Konsep blog adalah seakan-akan sebuah diari harian anda.

Aktiviti penulisan dan pengurusan blog dikenali sebagai “blogging”. Manakala orang yang memiliki, menulis artikel dan menguruskan blog pula dikenali sebagai “blogger”.

Blog sangat mudah digunakan dan diuruskan oleh sesiapa sahaja tanpa memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam. Ini kerana blog telah dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Pengurusan dan penulisan di dalam blog adalah mudah seakan-akan menggunakan perisian yang biasa anda gunakan seperti di dalam Microsoft Office. Ianya lebih mudah apabila anda menggunakan blogger.com.

Blog seperti juga laman web biasa perlu dikemaskini dari masa ke semasa. Tajuk yang anda tulis perlulah menarik, padat dan bermaklumat supaya pelawat sentiasa mengunjungi blog anda.
Pada masa kini, blog semakin diberi perhatian dan dimanfaatkan oleh pengguna-pengguna blog untuk menghasilkan pendapatan. Blog sudah mula digunakan sebagai alat untuk berniaga. Ia digunakan sebagai tempat untuk mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan yang dijual.

Kisah Blogger

Blogger dimulakan oleh sebuah syarikat kecil di San Francisco yang dikenali sebagai Pyra Labs pada bulan Ogos 1999. Semasa itu ledakan dot-com sedang berlaku. Tetapi mereka sebenarnya bukanlah kumpulan VC yang dibiayai, sering mengadakan parti, bermain bola di lobi mahupun kumpulan peminum minuman bir percuma. (Melainkan ia adalah bir percuma orang lain.)

Mereka adalah tiga sekawan, diberi dana untuk membuat projek web kontrak yang menyakitkan hati untuk syarikat besar, yang cuba masuk sendiri dengan hebat ke landskap Internet. Apa yang mereka cuba lakukan pada asalnya tidak penting lagi sekarang. Tetapi dalam pada itu, mereka membuat Blogger, lebih kurang mengikut kehendak hati dan terfikir.

Blogger dilancarkan, secara kecil-kecilan, dan akhirnya secara lebih besar, sepanjang beberapa tahun. Mereka memperoleh sedikit wang (tetapi masih sedikit). Kemudian jatuh bankrap dan kehabisan wang, lalu perjalanan kecil mereka yang menyeronokkan semakin tidak menyeronokkan. Mereka dapat juga bertahan, walaupun tidak semuanya dalam keadaan baik, tetapi tetap meneruskan perkhidmatan setiap masa (kebanyakan hari) dan mula membinanya semula.

Semua berjalan dengan lancar semula pada tahun 2002. Mereka mempunyai beratus ribu pengguna, walaupun masih lagi sedikit. Kemudian, sesuatu yang seorang pun tidak menjangka berlaku: Ada Syarikat mahu membeli mereka iaitu Google.

Mereka adalah pasukan yang kecil (tetapi agak besar berbanding sebelumnya) dalam Google , memberi tumpuan untuk membantu orang menyuarakan pendapat mereka sendiri pada web dan mengatur maklumat dunia melalui perspektif peribadi. Bahkan, selama ini pun itulah usaha mereka.Untuk mengetahui lagi mengenai Google, lihat google.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Mulakan penulisan maklumat anda

Setelah sekian lama aku terbantut untuk poskan bahan di sini, hari ini tergerak hati untuk sambung semula. Ok jom kita mulakan.... Untuk me...