Monday, June 1, 2009

Jenis, Fungsi Dan Kepentingan Blog (Part 2)

2. Blog untuk perniagaan produk anda
Jenis blog yang kedua ialah blog yang dihasilkan untuk tujuan perniagaan. Blog ini digunakan sebagai tempat untuk mempromosikan dan memasarkan produk atau perkhidmatan yang anda jual. Kandungan dan maklumat yang ditulis di dalam blog adalah berkaitan dengan isi kandungan sesuatu produk atau perkhidmatan, matlamat dan kelebihan produk tersebut serta penerangan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang diniagakan.

Ada juga yang menulis blog ini sebagai laman web sampingan atau sokongan untuk tujuan promosi produk dan perkhidmatan mereka selain laman web perniagaan utama mereka. Cara ini sebagai satu strategi pemasaran yang boleh dianggap berkesan.

Keseluruhan penulisan dan penerangan di dalam blog ini berkisar dengan produk dan perkhidmatan yang anda jual. Pelawat blog anda pula boleh memberikan komen serta pandangan mereka berkaitan dengan produk atau perkhidmatan anda. Komen dan pandangan ini boleh anda jadikan sebagai testimoni bagi produk anda.
Untuk mendapatkan trafik yang tinggi dan memastikan pelawat sentiasa melawati blog anda, anda perlu memberikan maklumat dan kandungan terkini yang berterusan dengan pelbagai tajuk dan kandungan yang niche.

3. Blog artikel (kandungan niche)
Blog yang berbentuk artikel ialah blog yang ditulis berkaitan dengan sesuatu kandungan, maklumat dan panduan tertentu. Pelbagai tajuk dan artikel yang boleh ditulis dalam blog ini termasuklah artikel berkaitan dengan perniagaan internet, pemasaran, komputer, internet, teknologi telekomunikasi dan sebagainya.

Sebenarnya blog jenis ini juga boleh anda gunakan sebagai tempat untuk promosi produk anda atau produk affiliate yang anda sertai. Program “google adsense” juga boleh anda selitkan di dalam blog ini sebagai pendapatan sampingan lain. Ini bermaksud blog ini lebih kurang sama dengan blog untuk tujuan perniagaan.

4. Blog untuk iklan produk atau perkhidmatan
Jenis blog yang ke empat ini ada kaitan dengan jenis blog yang kedua dan ketiga. Ini kerana ia dihasilkan ada kaitan juga dengan perniagaan. Namun ia lebih kepada tujuan iklan sesuatu produk dan perkhidmatan yang anda jual.

Selain itu, anda mungkin memberikan peluang kepada orang lain untuk membeli ruang iklan di blog anda dengan bayaran tertentu. Namun, adalah tidak praktikal jika blog anda adalah semata-mata untuk iklan tanpa ada kandungan dan maklumat tertentu berkaitan dengan pelbagai perkara. Ini kerana pelawat lebih menyukai maklumat terkini,panduan berguna dan bahan rujukan.

Oleh itu, selain tujuan iklan, anda digalakkan memberikan kandungan dan maklumat terkini dan panduan berguna untuk membolehkan pelawat sentiasa mengunjungi blog anda.

Mulakan penulisan maklumat anda

Setelah sekian lama aku terbantut untuk poskan bahan di sini, hari ini tergerak hati untuk sambung semula. Ok jom kita mulakan.... Untuk me...